e-REKOD BOOK Print
Written by Administrator   
Saturday, 09 August 2008 15:49

Pada 29 Oktober 2011 kursus E-Rekod Book telah dijalankan di Makmal Komputer SKKT. Semua guru-guru hadir menjayakan kursus ini. Cikgu Saifulbahri adalah orang yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada guru-guru lain cara-cara penggunaan e-Rekod Book. Guru-guru menunjukkan minat yang mendalam dan memberi respon yang positif.

e-Rekod Book ialah rancangan mengajar elektronik yang dibuat menggunakan teknologi komputer. Inovasi ini menggunakan aplikasi Microsoft Office OneNote 2007. Salah satu aplikasi Microsoft Office yang membolehkan pengguna membuat apa-apa jua desktop publishing. Ia kemudiannya dirangkaikan ke server sekolah dan boleh digunakan pada bila-bila masa oleh guru untuk menulis Buku Rekod Mengajar secara Local Area Network (LAN) dan pentadbir untuk tujuan pemantauan. Saiz fail Ebuku Rekod adalah kecil, kurang dari 30MB dan boleh dibawa ke mana-mana.

Last Updated on Tuesday, 24 April 2012 13:58